Setelah
mengharungi lautan manusia dan berpusing-pusing selama tiga puluh minit, gadis
berhenti disebuah kedai berhampiran yang penuh dengan manusia didalamnya
seperti ada 'sesuatu' yang istimewa didalam kedai tersebut . Dan akhirnya gadis
telah menjumpai barang yang mana memang gadis tercari-cari dan menyimpan hasrat
untuk membeli . Lantas gadis meneruskan langkah ke kaunter untuk mendapatkan
barang itu tetapi hari itu sungguh malang buat gadis kerana barang itu sudah
kehabisan stok .
Dengan langkah yang
lemah dan tidak seceria seperti awalnya, sekali lagi gadis berhenti disebelah
kanan kedai dengan niat untuk mendapatkan secawan air yang dapat membasahkan
tekak serta mana taw mungkin ia dapat mengembalikan mood gadis yang telah
hilang sebentar tadi . Setelah membuat bayaran gadis memilih tempat yang agak
tersorok untuk menikmati minuman sambil merehatkan kaki dan minda . Datang
seorang pekerja dengan membawa sepotong kek untuk diberikan kepada gadis kerana
dia merasakan gadis itu sangat istimewa kali pertama melihatnya . Gadis hanya
mampu memberikan senyuman yang tak begitu manis kepada pekerja itu dan setelah
pekerja itu berlalu gadis mendapati ada 'sesuatu' terletak dibawah piring kek
itu .
Sekeping kad kecil
berwarna pink yang tertera ucapan hai beserta nombor bertuah dan smiley :] dan
diakhiri dengan dua huruf yang mungkin merujuk kepada nama empunya badan
membuatkan gadis kembali tersenyum pada malam itu . Setelah pulang dari mencari
barang, gadis tergerak hati untuk menghantar message ke nombor bertuah itu
.
Bermula dari malam
itu sehingga kini hampir menjangkau 12 bulan perkenalan, gadis merasakan bahawa
ada 'sesuatu' yang istimewa dalam diri pekerja itu . Sesuatu perasaan yang
sukar diluahkan melalui mulut tapi ia dapat dirasa melalui hati dan gadis yakin
dengan perasaan itu . Dan pekerja itu juga memberitahu bahawa dia sedang
mencari sesuatu dan hati dia dapat merasakan yang 'sesuatu' itu ada dalam diri
gadis lantaran itu dia mengambil keputusan untuk memberikan sepotong kek serta
sesuatu yang simple tapi istimewa kepada gadis .
Dan kini setelah
hampir lapan tahun mengharungi hari-hari bersama dengan gadis dia mendapati
bahawa kerja yang sibuk dan tidak tentu masa, dengan pengaruh daripada
kawan-kawan untuk berhibur setiap hari dan malam jika offday , kini tidak ada
masa untuk gadis walaupun hanya untuk dua jam dalam sebulan . Saban hari, gadis
hanya menghabiskan hari dan waktunya mengenangkan kembali detik-detik pertama
kali bertemu dia . Indahnya hari itu dan pertemuan itu dibenak hatinya sambil
menahan sakit matanya akibat terlalu lama menangis . Rapuhnya hati gadis dan
hilang sudah senyuman dan mimik muka comel gadis .
Pada malam itu,
sedang gadis membelek kad berwarna pink itu gadis dikejutkan dengan message
dari dia . Alangkah terkejutnya gadis sehingga speechless dan hanya air mata
sahaja yang mampu keluar dari sepasang mata comel milik gadis . Message itu
mengatakan yang dia mahu gadis melupakan dirinya buat selama-lamanya kerana dia
tidak mampu membuat gadis bahagia . Dia mahu gadis pergi mencari orang lain,
orang lain yang mungkin boleh buat gadis bahagia .
Gadis tidak dapat
menerima semua itu kerana selama ini gadis yakin dalam diri dia ada 'sesuatu'
yang buat mereka saling memerlukan sejak pertemuan pertama itu sehingga hari ini
. Gadis bukanlah seorang yang mudah untuk percaya malah sayang kepada
seseorang, namun apabila hatinya sudah mula sayang gadis akan pastikan perasaan
sayang itu ada sehingga akhir nafas gadis . Dengan alasan dia supaya gadis
mencari orang lain sesungguhnya ia langsung tidak membuatkan gadis bahagia .
Kerana gadis yakin, hanya bila berada disamping dia sahaja ia bisa membuatkan
gadis bahagia walaupun hati gadis kadang kala terluka kerana disakiti . Kerana perasaan
'sesuatu' yang ada dalam diri dia lah, yang membuatkan gadis bahagia sehingga
hari ini . Cuma gadis kesal kenapa dia tidak mahu mencuba, kenapa dia berkata begitu dan kenapa dia harus buat gadis sebegini dan kenapa harus memulakan perkenalan pada waktu itu .

