✿ Followers ✿

Monday, 19 November 2012

Gadis Itu

Menyusuri dilorong itu yang penuh sarat dengan lautan manusia daripada pelbagai lapisan umur dan jantina  serta berada di bawah panas terik dek panahan cahaya matahari pada hari itu . Walaupun acap kali mengelap peluh yang membasahi dahi itu tidak membuatkan gadis patah semangat untuk mencari dan membeli sesuatu yang dari tadi sememangnya sudah ada didalam fikiran . 

Setelah mengharungi lautan manusia dan berpusing-pusing selama tiga puluh minit, gadis berhenti disebuah kedai berhampiran yang penuh dengan manusia didalamnya seperti ada 'sesuatu' yang istimewa didalam kedai tersebut . Dan akhirnya gadis telah menjumpai barang yang mana memang gadis tercari-cari dan menyimpan hasrat untuk membeli . Lantas gadis meneruskan langkah ke kaunter untuk mendapatkan barang itu tetapi hari itu sungguh malang buat gadis kerana barang itu sudah kehabisan stok . 

Dengan langkah yang lemah dan tidak seceria seperti awalnya, sekali lagi gadis berhenti disebelah kanan kedai dengan niat untuk mendapatkan secawan air yang dapat membasahkan tekak serta mana taw mungkin ia dapat mengembalikan mood gadis yang telah hilang sebentar tadi . Setelah membuat bayaran gadis memilih tempat yang agak tersorok untuk menikmati minuman sambil merehatkan kaki dan minda . Datang seorang pekerja dengan membawa sepotong kek untuk diberikan kepada gadis kerana dia merasakan gadis itu sangat istimewa kali pertama melihatnya . Gadis hanya mampu memberikan senyuman yang tak begitu manis kepada pekerja itu dan setelah pekerja itu berlalu gadis mendapati ada 'sesuatu' terletak dibawah piring kek itu . 

Sekeping kad kecil berwarna pink yang tertera ucapan hai beserta nombor bertuah dan smiley :] dan diakhiri dengan dua huruf yang mungkin merujuk kepada nama empunya badan membuatkan gadis kembali tersenyum pada malam itu . Setelah pulang dari mencari barang, gadis tergerak hati untuk menghantar message ke nombor bertuah itu . 

Bermula dari malam itu sehingga kini hampir menjangkau 12 bulan perkenalan, gadis merasakan bahawa ada 'sesuatu' yang istimewa dalam diri pekerja itu . Sesuatu perasaan yang sukar diluahkan melalui mulut tapi ia dapat dirasa melalui hati dan gadis yakin dengan perasaan itu . Dan pekerja itu juga memberitahu bahawa dia sedang mencari sesuatu dan hati dia dapat merasakan yang 'sesuatu' itu ada dalam diri gadis lantaran itu dia mengambil keputusan untuk memberikan sepotong kek serta sesuatu yang simple tapi istimewa kepada gadis . 

Dan kini setelah hampir lapan tahun mengharungi hari-hari bersama dengan gadis dia mendapati bahawa kerja yang sibuk dan tidak tentu masa, dengan pengaruh daripada kawan-kawan untuk berhibur setiap hari dan malam jika offday , kini tidak ada masa untuk gadis walaupun hanya untuk dua jam dalam sebulan . Saban hari, gadis hanya menghabiskan hari dan waktunya mengenangkan kembali detik-detik pertama kali bertemu dia . Indahnya hari itu dan pertemuan itu dibenak hatinya sambil menahan sakit matanya akibat terlalu lama menangis . Rapuhnya hati gadis dan hilang sudah senyuman dan mimik muka comel gadis . 

Pada malam itu, sedang gadis membelek kad berwarna pink itu gadis dikejutkan dengan message dari dia . Alangkah terkejutnya gadis sehingga speechless dan hanya air mata sahaja yang mampu keluar dari sepasang mata comel milik gadis . Message itu mengatakan yang dia mahu gadis melupakan dirinya buat selama-lamanya kerana dia tidak mampu membuat gadis bahagia . Dia mahu gadis pergi mencari orang lain, orang lain yang mungkin boleh buat gadis bahagia . 

Gadis tidak dapat menerima semua itu kerana selama ini gadis yakin dalam diri dia ada 'sesuatu' yang buat mereka saling memerlukan sejak pertemuan pertama itu sehingga hari ini . Gadis bukanlah seorang yang mudah untuk percaya malah sayang kepada seseorang, namun apabila hatinya sudah mula sayang gadis akan pastikan perasaan sayang itu ada sehingga akhir nafas gadis . Dengan alasan dia supaya gadis mencari orang lain sesungguhnya ia langsung tidak membuatkan gadis bahagia . Kerana gadis yakin, hanya bila berada disamping dia sahaja ia bisa membuatkan gadis bahagia walaupun hati gadis kadang kala terluka kerana disakiti . Kerana perasaan 'sesuatu' yang ada dalam diri dia lah, yang membuatkan gadis bahagia sehingga hari ini . Cuma gadis kesal kenapa dia tidak mahu mencuba, kenapa dia berkata begitu dan kenapa dia harus buat gadis sebegini dan kenapa harus memulakan perkenalan pada waktu itu . 


No comments:

Post a Comment