✿ Followers ✿

Saturday, 17 November 2012

Petua Memutihkan Kulit


Walau apapun warna kulit yang dianugerahkan Allah adalah terbaik untuk kita . Namun sudah menjadi lumrah dan sebahagian naluri manusia untuk memiliki dan mudah terpengaruh dengan perkara yang indah dan cantik mata memandang serta tak jemu jemu mata memandang . Bagi orang putih atau inggeris mereka lebih terpesona melihat kulit wajah yang lebih gelap seperti kulit orang Asia, tetapi sebaliknya dengan orang kita pulak . Orang kita lebih teruja untuk memiliki kulit - kulit yang cerah . Disini aii mahu share dengan korang beberapa petua kaedah tradisi yang boleh korang gunakan dan yang penting ia merupakan bahan semula jadi dan selamat . 

Kaedah 1 : Lemon merupakan natural bleach yang mampu mencerahkan kulit . Untuk memutihkan kulit, gunakan jus lemon atau campurkan dengan air mawar . Gunakan kapas untuk mengaplikasikannya pada wajah  . Biarkan ia selama lima minit, kemudian bersihkan dengan air suam . 
* Selain itu, jus lemon juga boleh dicampurkan dengan madu, minyak almond sebagai alternatif . 


Kaedah 2 : Ambil sedikit kayu cendana dan tumbuk sehingga menjadi habuk seperti bedak . Kemudian campurkan dengan perahan jus lemon dan tomato yang telah di tumbuk hancur . Satukan bahan tersebut dan lumurkan pada kulit sehingga kering . Bilas dan cuci dengan air suam . 

Kaedah 3 : Salah satu bahan pemutih kulit yang paling mudah digunakan ialah kentang . Kentang sangat efektif untuk memperbaiki pigmentasi serta kulit yang bernoda . Letakkan beberapa hiris kentang mentah yang dicampurkan dengan sedikit madu pada wajah selama beberapa minit sehingga kering . Kemudian bersihkan dengan air . 
* Selain madu, susu juga boleh dijadikan sebagai alternatif . 



Kaedah 4 : Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan . Kemudian kisarkan ia sehingga menjadi benar - benar halus . Campurkan beras yang dikisar dengan sedikit air . Kemudian gosokkan atau skrub ia pada seluruh kulit badan dan wajah . Beras ini tidak perlu dibiarkan sehingga kering . Lakukan skrub ini tiga kali seminggu . 


Kaedah 5 : Bubur gandum dan curd (condensed milk) adalah dua bahan yang sangat penting . Campurkan keduanya secara rata . Tambahkan sedikit jus tomato agar lebih berkesan . Usapkan pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit setelah itu bersihkan dengan air . Campurkan cuka dengan air dalam jumlah yang sama . Ratakan pada kulit dan biarkan selama 5-10 minit . Kemudian bersihkan . 

No comments:

Post a Comment